Wednesday, January 25, 2012

Tolong jangan gangu cuti Gua boleh takk??


Peace.Lama gua xupdate blog ni. Dah bersawang.Ok kali ni gua nak kongsi cerita gua.Bukan cerita gua masa LI tp cerita gua masuk dalam semula.Gua hadapi beberapa masalah.

1-Gua BMI.(buruk gle perut gua.Bikin malu sajaa)
2-Tajuk psm gua kene rejek (Memang gua mental)
3-Gua kene jd Mr emcee lagi (gua plan nak bersara tp apakan daya)
4-gua xda stamina( naik tangga pon nafas tercungap2)


Disebabkan masalah yang timbul ni,maka gua punya cti sepatutnya 9 hari, terus kena cantas jadi 4 hari bersamaan 96 jam. Maka gua mnghabiskan masa 96 jam dengan baikla. Gua kuar dr sangkar, gua terus shoot pegi Kelantan.Gua hadiri majlis kawin jurulatih debat gua. 4 tahun gua kenal dia.Duit ringgit makan pakai xpernah berkira.Apa salahnya gua plak kali ni xberira pgi kenduri die seumur hidup sekali je kan.SO gua shoot pegi kelantan la nek gua punya kijang 4 kaki.Perjalanan 7 jam gua buat 5jam setengah je.Gua mintak maaf pada kereta-kereta yg gua hon sepanjang jalan.Lembap sgt hahaha.

Sampai di kelantan,Gua jadi takut beb.DOrang bawak kereta memang macam jalan bapak dorg.bagi signal kanan belok kiri beb. Mana gua tak terkejut anjing.Jalan berlobang jgn cakap la.SIgnboard awas pon dh xda hahaha.Memang bikin hati gua panas.Nasib baik org kelantan peramah.Sekali gewe kelantan senyum..gua cair beb.Imam pakai songkok pon boleh jatuh. =)

Dah terlanjur ke kelantan..gua singgah sebentar di terengganu.Gua melawat makcik-makcik sedara guaLama dh xjumpa sekali sekala jumpa okla.On the way nak balik, gua balik ikut grik.Penat memang penat tp penat gua terubat la jugak sebab gua sempat berada di banjaran titiwangsa.Gua singgah tasik banding and gua seberang tasik temenggor.Permandangan die jgn cakap la.SUPERB beb.memang cantik.Kalu xcaya,tgk la pic2 gua kat bawah ni.K baiiii! salam hayate.






Thursday, October 13, 2011

Jambatan hidup seorang HAmba..



Morning peeps..hari ni terasa nak menterjemahkan perasaan,keinginan serta pendapat berkaitan fenomena remaja sekarang ni.Couple,in relationship and sewaktu dengannya.Xsalah berhubungn sesama lelaki dan wanita sebab dalam Al-Quran pon melalui firmanya yang bermaksud."aku jadikan manusia itu berlainan jantina,berlainan bangsa dan keturunan untuk mereka berkenal-kenalan" tp biarlah kena pada hukum dan syaraknya.Sebenarnya apa yg kita couple dan sebagainya ni,bukanlah ianya bermaksud memang si Dia jodoh kita atau secara yakinnya kita pasti semuanya.Kita manusia..hanya mampu merancang,tp sebaik-baik perancangan adalah perancangan dariNYa..Kadang-kadang kita rasa gembira tuhan temukan kta dengan insan yang baik di mata kita,tp ianya sementara.Hubungan xkekal lama.Itulah namanya dugaan.Firmannya,"manusia tidak akan beriman selagimana ianya tidak di uji"..kadang-kadang dalam kehidupan kita,kita terkeluar dari landasan,Tuhan berikan insan yg baik untuk betulkankita ke landasanNYA..kemudian dia tarik nikmat itu semula.Apa pon kita kene bersyukur,walaupon kehadirannya adalah seketika,namun kesannya adalah selamanya.JODOH.Satu yang sangat sukar kita tafsirkan.Ianya subjektif.Apa yang kita rancang xsemestinya menjadi milik kita.KIta hambanya,Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik buat hambanya.

Sebenarnya jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Analoginya bagai meniti sebuah jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya maka jauhlah perjalanan kita.Setiap orang berbeza dan tak sma. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kerjaya yang cemerlang. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam setiap doa lewat sembahyang. Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, "aku pasti bahagia kalau mendapat ini". Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah. Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda. Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.



Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, menyubur cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu di dada untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat tinggi, akhirnya jatuh tersembam terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Perkahwinan itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput bagai seorang raja menaiki takhta, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

    Saturday, October 8, 2011

    ~~im waiting for you~~



    Awesome...would you like to be my gurlfriend? ^__^

    Friday, October 7, 2011

    Syurga di BAwah Telapak Kaki IbU..^_^

    Orang kata aku lahir dari perut mak... (Bukan org kata...memang betul)

    Bila dahaga, yang susukan aku.... Mak...
    Bila lapar, yang suapkan aku.... Mak..
    Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. Mak
    Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
    Bila bangun tidur, aku cari.... Mak...
    Bila nangis, orang pertama yang datang .... Mak...
    Bila nak bermanja, aku dekati....... Mak..
    Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Mak..
    Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Mak..
    Bila nakal, yang memarahi aku.... Mak..
    Bila merajuk, yang memujukku cuma... Mak..
    Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... Mak..
    Bila takut, yang tenangkan aku.... Mak...
    Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... Mak..
    Aku selalu teringatkan ..... Mak..
    Bila sedih, aku mesti talipon... Mak..
    Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu... Mak..
    Bila bengang.. aku suka luah pada.. Mak..
    Bila takut, aku selalu panggil... "Mmaaakkkk! "
    Bila sakit, orang paling risau adalah.... Mak..
    Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... Mak..
    Bila buat hal, yang marah aku dulu.... Mak..
    Bila ada masalah, yang paling risau.... Mak..
    Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Mak..
    Yang selalu masak makanan kegemaranku.... Mak..
    kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... Mak..
    Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... Mak..
    Yang selalu berleter kat aku... Mak..
    Yang selalu puji aku.... Mak..
    Yang selalu nasihat aku...... Mak..
    Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... Mak..
    Aku ada pasangan hidup sendiri....
    Bila seronok, aku cari.... Pasanganku..
    Bila sedih, aku cari..... Mak..
    Bila berjaya, aku ceritakan pada.... Pasanganku..
    Bila gagal, aku ceritakan pada.... Mak..
    Bila bahagia, aku peluk erat....Pasanganku..
    Bila berduka, aku peluk erat.... Emakku..
    Bila nak bercuti, aku bawa.... Pasanganku..
    Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... Mak..
    Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada Pasanganku..
    Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
    Selalu... Aku ingat pasanganku
    Selalu.. Mak ingat kat aku
    Bila-bila.... Aku akan talipon pasanganku
    Entah bila... aku nak talipon mak..
    Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
    Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak

    Renungkan:

    "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?

    "Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

    Berderai air mata jika kita mendengarnya..........

    Tapi kalau mak sudah tiada..... .....

    "MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....!!"

    Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......
    Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......
    Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
    Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
    Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
    Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
    Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......

    Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

    1) Tolong pergi kedai : RM4.00

    2) Tolong jaga adik : RM4..00

    3) Tolong buang sampah : RM1.00

    4) Tolong kemas bilik : RM2.00

    5) Tolong siram bunga : RM3.00

    6) Tolong sapu sampah : RM3.00

    Jumlah : RM17.00

    Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

    1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

    2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

    3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

    4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

    5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

    Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

    Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

    "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

    Hargai Peluang yang Ada..



    Sebenarnya dalam hidup kita ni,kita hanya diberikan beberapa saja peluang untuk kita terima dan guna sebaiknya.Kadanag-kadang tuhan nak uji manusia,Dia berikan peluang pada kita untuk bertemu dan berpisah.Mungkin ramai orang yang cakap "itu perkara biasa"..."mungkin da hikmah disebaliknya" dan macam-macam lagi.Biasalah,pandangan manusia semuanya berbeza.Tp sebenarnya manusia ni selagi mana tak di uji,selagi itu ianya tidak beriman pada penciptanya.Sememangnya manusia ini hidupnya untuk diuji.Kekadang kita xsedar kita dah terkeluar dari landasan yang sepatutnya.Apa pun yang datang menguji,gua akui memang susah untuk kita bangun kembali mulakan dari mula kita terhenti.Tapi apa pun yang berlaku,you are not alone.





    3 bulan dah berlalu,gua dah jadi awam.Seronok berkehidupan sebagai awam ni.Apapun gua xlepas kan peluang untuk menggunakannya.Gua hargai peluang yang gua ada.Jadi masa guadi penang ni..gua sempatla berjalan-jalan sekitar penang..menikmati keindahan pulau mutiara.Sebenarnya dah lama gua xjalan kat negeri gua ni haha..Terima kasih kepada yang sudi temankan gua.^__^


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...